Sunday, November 19, 2017

RESEPI IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK

Masaklemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

BAHAN BAHAN

1 kilo ikan keli salai
4 cawan santan pekat
3 batang serai-dititk
1-2 keping asam keping

BAHAN KISAR
10 biji cili api
4 cm kunyit hidup
garam secukup rasa

PROSES MASAK
Satukan santan pekat dengan semua bahan tumbuk, asam keping serta serai ke dalam periuk dan masak kuah sampai kuah hampir mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak

Kemudian masukkan ikan salai , garam secukup rasa dan biarkan kuah mendidih.

Bila ikan keli menjadi lembut dan dah masak boleh la ditutup api dapur.

No comments:

Post a Comment