Wednesday, May 22, 2019

RESEPI LOKAN MASAK RENDANG

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN BAHAN
  • 4 kilo lokan (direndam air panas dan diambil isi & airnya)
  • 2 biji bawang besar  + 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 sudu besar cili padi yang dikisar
  • 4 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 hiris halia 
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 2 sudu besar kerisik (yang ni tak bubuh pon tadi, takde stok)
  • 1 kotak santan (kali ni saya pakai yang kotak je, kalau dapat yang fresh lagi ok) 
  • 1/2 keping asam keping
  • +-2 sudu besar gula merah/melaka
  • garam secukup rasa

CARA MASAK
  • Lokan direndam dalam air panas sebentar, dikopek dan diambil isi dan airnya.
  • Tumiskan bahan2 yang dikisar (bawang besar, bawang putih, cili padi, cili kering, kunyit hidup). Selalunya kalau pakai santan segar saya tak tumis, tapi kalau pakai santan kotak saya tumis sikit supaya rendangnya nanti pecah minyak.
  • Masukkan lokan, garam dan gula merah  Kacau sebentar
  • Masukkan santan, kerisik, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris, asam keping, serai dan daun kunyit.
  • Kacau hingga kering dan pecah minyak. Siap dihidang dengan nasi atau roti.



No comments:

Post a Comment