Wednesday, May 22, 2019

RESEPI LOKAN MASAK SAMBAL

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN-BAHAN
  • 300gm isi lokan
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci belacan dan 1/2 cawan air, larutkan
  • 3 ulas bawang putih, dititik
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1/2 inci halia, dititik
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia, cili kisar, masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing. 
  • Tuang jus asam jawa dan masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak hingga mendidih dan masukkan lokan, kacau rata dan biar kuah pekat. 
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api.siap

No comments:

Post a Comment