BAHAN BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air (boleh ditambah sedkit demi sedikit sesuai dengan kepekatannya & jangan terlalu cair)
1 sudu teh garam halus
1 biji telur
CARA MASAK
1. Semua bahan di atas di satukan dan dikisar sekejap dalam mesin pengisar (blender) menjadi batter.
2. Ambil satu senduk bancuhan tepung (batter) dan dileserkan dalam kuali non-stick. Janganmterlalu tebal, lebih kurang seperti tebal roti canai.
3. Bila bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan lempeng bahagian bawah naik ke atas.
4. Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali.
5. Sesuai dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal sardin atau pun kari.
No comments:
Post a Comment