Wednesday, May 22, 2019

RESEPI LOKAN MASAK SERAI

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN BAHAN
  • 500 gm lala - dibersihkan dan toskan
  • 3 batang serai - dipotong serong
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1in halia - dipotong panjang
  • 5 biji cili api - diketuk/dihiris serong
  • 1 sb sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • daun bawang, tomato ceri/tomato biasa
  • garam dan gula utk perasa
  • 2 sb minyak

CARA MASAK
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  • Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
  • Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air.
  • Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
  • Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.

No comments:

Post a Comment