Wednesday, May 22, 2019

RESEPI LOKAN MASAK PEDAS

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN BAHAN
  • 500gm kg lokan
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 helai daun limau purut, dicarik kasar
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak
  • daun ketumbar, hiris kasar

BAHAN KISAR
  • 4 biji cili merah
  • 4-5 biji cili padi
  • 1/2 inci halia
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA MASAK
  • Basuh lokan dan rendam seketika untuk keluarkan sisa kotor. Bilas dengan air dan toskan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus sehingga wangi.Masukkan serai, sos tiram, sos ikan dan air asam jawa.
  • Masukkan lokan dan limau purut, kacau bersama baham tumis dengan sekata. Tambahkan sedikit air supaya berkuah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
  • Angkat dan taburkan daun ketumbar

No comments:

Post a Comment