Sunday, October 22, 2017

RESEPI BENDI GORENG UDANG KERING

Bendi, kacang lendir atau kacang bendir merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak di tanam di negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang. Di Johorsahaja seluas 390 hektar di tanam pada tahun 2008 iaitu daripada jumlah tersebut seluas 90 hektar ditanam di daerah Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun. 


Bendi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia berasal dari sebuah tempat yang kini termasuk dalam Habsyah. Sebelum ini, bendi dikelaskan dalam genus Hibiscus, tapi kini telah ditukar kepada Abelmoschus

RESEPI BENDI GORENG UDANG KERING
BAHAN-BAHAN
10 batang bendi – potong serong
200g cawan isi ayam - yang dipotong kiub
sebungkus fish ball - dibelah dua
1-2  biji cili merah - hiris serong
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar air asam jawa
sedikit garam

DITUMBUK HALUS
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili.

Goreng sebentar dan masukkan cili kisar, kacau - kacau 3 - 5 minit.

Kemudian masukkan isi ayam, goreng lagi hingga ayam masak sedikit.

Masukkan kicap, fish ball dan juga sayur bendi. Kacau sebentar dan masukkan air asam jawa.

Masukkan garam dan sedikit air. Masak bendi hingga lembut sedikit. Matikan api, siap dan boleh dihidang.

No comments:

Post a Comment