Tom yam (bahasa Lao: ຕົ້ມຍຳ [tôm ɲam];
Bahasa Thai: ต้มยำ,
[tôm jam], tom yam dalam "Royal Thai General System of
Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah yang serupa
yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi DiRaja Laos termasuk secubit nasi di
dalam sup, sementara versi biasa Laos yang lain dan versi Thailand tidak
memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas
di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah
dipopularkan ke seluruh dunia.
Tom yam memiliki
ciri-ciri perasa pedas dan masam yang keratar, dengan penggunaan herba wangi.
Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok
Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili dipenyek.
RESEPI
TOMYAM PUTIH
BAHAN-BAHAN
1/4 ekor ayam
3 ekor
sotong..(dipotong bulat)
5- 6 ekor udang
Kuning Besar. Udang lain boleh guna juga
3 batang serai di
titik
2- 3 ulas
bawang putih di ketuk
Bawang Besar separuh
5 helai daun limau
purut
1cm lengkuas yang
dihiris
2 bawang kuning belah
4
5 – 10 biji
cili api
1 biji tomato di
belah 4
Lobak sedikit
Cendawan tiram sedikit
Bunga kobis sedikit
3 – 4 biji limau nipis
Garam
gula,serbuk perasa.
PROSES PENYEDIAAN
Masukkan air Secukpnya .
Masukan
ayam, bawang putih, bawang besar, bawang Kuning, serai, lengkuas dan cili api
ke dalam periuk.
Setelah agak agak
ayam masak bolehlah masukkan sotong, udang dan daun limau purut.
Selepas itu masukkan
semua sayuran. Setelah
mendidih...masukkan garam dan serbuk perasa.
Tutup api dan
masukkan perahan limau . Siap
untuk dinikmati
No comments:
Post a Comment