Chicken
Chop merupakan salah satu makanan barat yang agak popular juga di Malaysa dan
negara negara Asean yang lain. Resepi untuk membuat Chicken Chop
RESEPI
CHICKEN CHOP
BAHAN UNTUK AYAM
2 keping daging ayam,
dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul
sedikit
½ cawan tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng
BAHAN PERAPAN
1 sudu besar kicap
pekat
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk
lada hitam
½ sudu teh soda
bikarbonat
BAHAN SOS
250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk
lada putih
1/8 sudu teh serbuk
lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos
Worcestershire
½ sudu teh kicap cair
beberapa titis kicap pekat
1 biji bawang besar,
didadu kecil
1 sudu besar bawang
putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung
gandum
PROSES PEMBUATAN
Daging
ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama
beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
Panaskan minyak
secukupnya dalam kuali. Celup
daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung.
Goreng isi ayam
tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
Panaskan sedikit
minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang.
Bila ia sudah naik
bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu.
Goreng sehingga bawang
layu dan naik bau. Masukkan
tepung dan goreng sekejap.
Kemudian masukkan
pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire,
kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
Reneh kuah ini
sehingga ia memekat. Kemudian
boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas.
Hidangkan juga lauk
sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.
Jika kuah tidak
memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia
memekat.
Sebaiknya gunakan
serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.
No comments:
Post a Comment