Sunday, October 22, 2017

RESEPI PUCUK MENGKUDU MASAK LEMAK

Pokok Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Morinda spp. Pucuk Mengkudu juga boleh dibuat ulam. Pokok ini juga digunakan sebagai ubat tradisional.


Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polinesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji). Di Malaysia terdapat tiga spesies mengkudu, iaitu pokok Mengkudu Besar ("Morinda citrifolia Linn."), pokok Mengkudu Kecil ("Morinda Elliptica Ridl") dan pokok Mengkudu Akar ("Morinda Umbellata").

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

RESEPI PUCUK MENGKUDU MASAK LEMAK

BAHAN BAHAN
Pucuk mengkudu
Bawang besar - dimayang
Cili merah - dihiris
Ikan bilis - ditumbuk kasar
Garam
Santan

PROSES PENYEDIAAN
Pucuk mengkudu perlu dihiris halus. Kemudian ditumbuk hingga agak halus.

Rebuskan pucuk mengkudu yg telah dihiris hingga lembut  dan kering airnya.

Kemudian masukkan santan, ikan bilis, cili merah dan  bawang besar. Kacau hingga sebati. Masukkan garam 

Kacau hingga mendidih. Tidak perlu dimasak terlalu lama. Siap untuk dinikmati

No comments:

Post a Comment