Sunday, October 22, 2017

RESEPI DAGING PAPRIK ALA THAI

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.


Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING PAPRIK ALA THAI


BAHAN BAHAN
Daging  dihiris nipis (utk mkn 1-2 org)

2  sudu cili kisar

2 ulas bawang merah – dihiris,

1 ulas bawang putih – dihiris,

½ inci halia – dihiris,

1 sudu sos tomato,

1 sudu sos tiram,

1 sudu kicap manis,

1 btg serai – diketuk,

Lobak – dipotong memanjang,

Daun saleri – dipotong serong,

Tomato – potong dadu,

Cili padi – diketuk,

Bawang besar-potong bulat,

Daun limau purut,

¼ kiub daging knorr

Minyak Masak


PROSES PENYEDIAAN

  • Daging dimasak seketika hingga empuk.
  • Tumiskan bawang, halia  dan  cili kisar sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap.
  • Masukkan serai, lobak, saleri & daun limau.
  • Masukkan daging bersama air rebusan tadi.
  • Masukkan cili padi, bawang besar dan tomato.
  • Kacau rata & biarkan sebentar. Perasakan dengan kiub knorr / garam jika kurang masin.
  • Siap untuk dinikmati bersama nasi panas








No comments:

Post a Comment