Sunday, October 22, 2017

RESEPI PAPRIK SEAFOOD THAI


Paprik adalah frasa Thai ผัด พริก di mana pad bermakna stirfry dan prik bermakna cili . Walaupun masakan Paprik hari ini dianggap sebagai sebahagian daripada masakan Melayu, ia sebenarnya berasal dari Thailand. Salah satu masakan paprika yang saya akan kongsikan resepi pada hari ialah Paprik Seafood atau paprika makanan laut.


RESEPI PAPRIK SEAFOOD THAI
BAHAN-BAHAN
500gm campuran udang & sotong

3 biji bawang merah ~ dihiris

2-3 ulas bawang putih ~ dicincang

1/2 inci halia ~ dicincang

1 biji bawang holland ~ dipotong

1/2 biji Lobak  ~ dihiris

3 batang kacang panjang ~ dipotong

3 helai daun limau purut

2 sb cili kering kisar

sos tiram

sos cili

sos ikan

garam secukup rasa


PROSES PENYEDIAAN
Masukkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.


Masukkan sotong biar sehingga masak dan kemudian masukkan pula udang masak sebentar saja.


Tambahkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.

Masukkan lobak dan  kacang panjang. Gaul rata, biar sayur masak.


Masukkan bawang dan daun limau purut, kacau rata dan padamkan api.


No comments:

Post a Comment