Mentega
(yang berasal dari perkataan bahasa Portugis: manteiga) adalah produk tenusu
dibuat daripada menggodak krim atau susu, sama ada segar atau yang ditapai.
Mentega boleh digunakan sebagai sapuan dan perasa, selain dari penggunaan dalam
masakan seperti membakar, membuat sos dan menggoreng. Mentega terdiri dari
lemak mentega, air dan protein susu.
Kerap
dibuat daripada susu lembu, tetapi mentega juga boleh dibuat dari mamalia lain,
seperti biri-biri, kambing, kerbau dan yak. Garam, perisa dan pengawet kadang
kala ditambah pada mentega. Pengasingan pepejal mentega akan menghasilkan
cecair mentega atau minyak sapi, yang merupakan hampir keseluruhannya lemak
mentega.
RESEPI AYAM MENTEGA SUSU
BAHAN BAHAN
1 keping dada ayam (potong dadu)
2 sudu besar mentega
1/2 cawan susu segar
1 /2 lada benggala
(dipotong dadu)
3 biji cili padi
(dihiris)
1 tangkai daun kari
(leraikan dari tangkai)
1/4 cawan keju parut
1/2 sudu teh stok
ayam
1 sudu teh serbuk
lada hitam
Minyak masak
secukupnya
BAHAN PERAP:
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu besar serbuk
kari
1 biji telur
PROSES PENYEDIAAN
Gaulkan ayam dengan
semua bahan perapan. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam
kuali, Kemudian, goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan
mentega, tumis cili, daun kari sehingga wangi.
Masukkan susu cair
dan masak sehingga mendidih dan masukkan keju.
Seterusnya, perasakan
dengan garam, serbuk perasa ayam dan sedikit gula.
Masukkan ayam yang
telah digoreng, kacau rata. Angkat dan hidangkan panas-panas.
No comments:
Post a Comment