Thursday, October 11, 2018

RESEPI MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE

Coklat ialah nama sebuah makanan yang diolah daripada biji koko.Coklat umumnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin sehinggalah juga kepada pernyataan cinta. Pada pendahuluannya, coklat tidak bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.

Coklat dihasilkan daripada koko (Theobroma cacao) yang mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara melunjur ke Amerika Tengah yang berkemungkinan hingga ke Chiapas, bahagian paling selatan Mexico. Orang-orang Olmec memanfaatkan pokok tersebut dan, mungkin juga, membuat “coklat” di sepanjang pantai teluk di selatan Mexico sekitar 1000 tahun SM. Peradaban pertama yang mendiami daerah Meso-Amerika itu mula mengenal pokok “kakawa” yang buahnya digunakan sebagai minuman.


RESEPI MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE
BAHAN A
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak mazola
Semua bahan ini dicampurkan sekali dan digaul sebati dengan memasaknya di atas api perlahan sehingga gulanya larut. Kemudian, bila sudah sebati, biarkan sejuk dahulu.

BAHAN B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Ayakkan semua bahan ini.

BAHAN C
4 biji telur – dipukul sampai kembang

BAHAN D
250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur

CARA-CARA MEMBUATNYA:
Panaskan pengukus.. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang-seli. Kemudian gaul menggunakan senduk hingga sebati.

Dalam bekas yang lain, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Adun bahan-bahan ini hingga sebati.

Masukkan telur dan gaulkan di dalam bekas adunan tadi hingga sebati (tekstur berkrim).

Sediakan loyang yang siap digris dan lapikkan dalam loyang tersebut; kertas kalis minyak.

Masukkan adunan bahan A diikuti adunan bahan D secara berselang-seli ke dalam loyang tadi.

Kukus selama 1.5 jam atau sehingga masak. Sila tahan tangan anda daripada membuka tudung pengukus semasa proses mengukus terutamanya dalam 45 minit yang pertama kerana takut kek itu menjadi mendap kerana belum set.

No comments:

Post a Comment