Monday, October 08, 2018

RESEPI ROJAK BUAH KUAH PETIS

Rojak ialah makanan tradisi buah-buahan dan sayur-sayuran mentah yang dicampur dengan kuah. Makanan ini mudah ditemui di Malaysia, Singapura dan Indonesia.


RESEPI ROJAK BUAH KUAH PETIS

BAHAN BAHAN
1 biji sengkuang
1 biji mangga
1 biji buah jambu batu
1 biji nenas
Boleh tambah atau guna lain2 buahan yg anda suka

Caranya :-
Kupas kulit buah, kemudian potong kecil ikut kesukaan masing2.

Sos Rojak
Bahannya :-
600 grm gula merah dimasak dengan 2 cawan air
400 grm gula pasir
1 cawan cili kering kisar halus (nak pedah boleh lebihkan)
1 botol kicap pekat (330ml)
1 botol cili sos (340g)
1 botol otak udang (240g)
1/2 keping belacan dihancurkan dengan sedikit air
50grm bijan
300 gram kacang yg siap ditumbuk
4 cawan air sejuk

Caranya :-
Masak gula merah dengan 2 cawan air, bila telah mendidih angkat dan ditapis.

Satukan kesemua bahan dalam periuk kecuali bijan dan kacang tumbuk, kacau rata.

Masak sehingga kuah memekat. Bila kuah dah pekat masukan bijan, kacau sekata, tutup api.

Kacang tumbuk boleh di masuk bersama kuah rojak atau ditaburkan diatas kuah rojak apabila hendak memakannya.

Sejukan kuah dan simpan kuah rojak didalam bekas kedap udara, kemudian boleh disimpan didalam peti sejuk...

No comments:

Post a Comment