Wednesday, October 10, 2018

RESEPI IKAN KUKUS ALA HONGKONG

Kukus atau stim ialah istilah teknikal untuk fasa gas bagi air yang terbentuk apabila air mendidih. Secara teknikal, dalam sebutan kimia dan fizik, kukus adalah halimunan dan tidak boleh dilihat; walau bagaimanapun, dalam bahasa seharian kata ini kerap digunakan untuk merujuk kabus atau aerosol titisan air yang terbentuk kerana wap air ini memeluwap pada kehadiran udara (lebih sejuk). Pada tekanan lebih rendah, seperti di atmosfera atas atau di puncak pergunungan tinggi, air mendidih pada suhu lebih rendah daripada 100 °C (212 °F) nominal pada suhu dan tekanan piawai. Jika dipanaskan dengan lanjut, air menjadi kukus superpanas.

RESEPI IKAN KUKUS ALA HONGKONG
BAHAN-BAHAN 
650g (1 ekor) ikan siakap merah, dibersihkan dan dibuang perut
45g bawang putih, dicincang halus
30g halia, dikupas kulit & dihiris nipis
50g Lee Kum Kee kicap perasa untuk makanan laut
100g minyak masak

HIASAN
7g daun bawang, dihiris nipis
10g daun ketumbar, daun sahaja

Peralatan khas
Pengukus

CARA-CARA
Memasak ikan
Isi ¾ pengukus anda dengan air, pastikan air tidak sampai lubang pengukus. Tutup pengukus dan didihkan di atas suhu tinggi.
Perkara penting adalah menggunakan pinggan yang cukup besar untuk memuatkan ikan anda. Jangan lupa lihat sama ada ikan dan pinggan tersebut muat di dalam pengukus. Tidak mengapa jika ikan terkeluar sedikit dari pinggan kecuali anda bercadang untuk hidangkan di atas pinggan yang sama.

Letakkan ikan di atas pinggan yang dipilih dan letakkan hirisan halia di dalam perut ikan.

Apabila pengukus anda sudah boleh digunakan, letakkan pinggan berisi ikan di dalam pengukus. Tutup dan biar dikukus selama 10 minit. Pemasaan untuk ikan dikukus adalah berbeza menurut saiz dan jenis ikan yang anda gunakan. Jadi, perkara yang terbaik adalah melihat sama ada ikan mencapai suhu dalaman 63°C agar ikan masak sempurna.

Apabila ikan sudah dimasak, padamkan api dan keluarkan pinggan berisi ikan dari pengukus. Jika anda menggunakan pinggan yang lain untuk dihidang, hati-hati apabila memindahkan ikan anda.

MENYEDIAKAN SOS
Panaskan minyak masak di dalam kuali kecil di atas suhu tinggi.

Apabila minyak sudah panas, kira-kira 1 minit, masukkan bawang putih dicincang dan goreng sehingga berwarna keperangan. Kacau untuk pastikan bawang putih masak dengan sekata dan tidak hangit.

Masukkan bawang putih ke dalam minyak panas

Apabila bawang putih sudah bertukar keperangan, kira-kira 1 minit, padamkan api dan pindahkan kuali ke atas permukaan tahan panas. Masa untuk bawang putih bertukar perang bergantung pada saiz cincang bawang putih tersebut dan juga suhu minyak serta kuali. Perhati dengan teliti bawang putih anda untuk melihat perubahan warna.

Bawang putih keperangan
Masukkan kicap terus ke dalam kuali dan kacau rata.

Tuang sos ke atas ikan.

Hias dengan daun bawang dan ketumbar.

Hidang sementara panas!

TIP TAMBAHAN
Sebarang ikan isi putih yang segar sesuai dimasak untuk resipi  ini! Anda juga boleh menggunakan ikan ketutu, ikan bes, ikan bawal dan ikan kod. Jika anda menyediakan ikan ini semasa perayaan Tahun Baru Cina kali ini, terdapat jenis ikan tertentu yang dianggap lebih ‘mewah’ seperti ikan kap, ikan kap lumpur cina atau ikan keli. Jangan lupa untuk suaikan waktu memasak menurut ikan yang dipilih.

Apabila membeli ikan segar, beritahu penjual ikan anda mahu mengukus ikan tersebut. Mereka akan membersihkan dan sediakan ikan itu untuk anda. Mereka akan keluarkan perut, insang dan sisik. Sirip boleh dibiarkan untuk nilai estetika. Pastikan anda beritahu penjual ikan anda sama ada mahu buang atau kekalkan sirip ikan.

No comments:

Post a Comment