Wednesday, October 10, 2018

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Daging lembu (Bahasa Inggeris: beef) adalah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan daging ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Sebagai contoh, daging batang pinang, daging rusuk dan T-Bone sangat umum digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat sebagai bahan stik sehingga bahagian ini banyak diperdagangkan. Tetapi, di negara Asia lain, daging ini banyak digunakan untuk makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan rendang. Selain itu, terdapat beberapa bahagian daging lembu lain seperti lidah, hati, perut dan punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.
BAHAN BAHAN
  • 600-800 gm daging |hiris nipis
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam | jika perlu
  • Minyak masak

BAHAN PERAPAN DAGING:
  • 6-7 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap manis

BAHAN SANGAI DAN KISAR HALUS:
  • 12-15 biji bawang merah
  • 5-7 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 10 tangkai cili kering | tambah jika mahu pedas

CARA MEMASAK:
  1. Daging tadi dipotong nipis dan diperap dahulu selama 30 minit dengan bahan perapan daging.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  4. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan pula daging perap.
  5. Kacau sebentar kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air.
  6. Masakkan sehingga kuah agak pekat dan perasakan dengan sedikit gula. Tambah garam jika perlu.
  7. Setelah masak dan timbul minyak, tutup api dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment