Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas
(tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan
bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang
lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam
cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau
kaldu.
RESEPI
SUP KETAM
BAHAN BAHAN
5 ekor ketam
2-3 biji kentang
1btg carrot
1btg saderi (hiris)
Kiub ayam
Olive oil/minyak
biasa
BAHAN TUMBUK:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1incihalia
lada putih (kena
lebih)
Daun ketumbar
Bawang goring
PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk semua bahan
tumbuk. Panaskan sedikit minyak... Tumis bahan tumbuk sehingga garing.
Masukkan air dan
kentang, lobak. Bila kentang/lobak agak empuk, masukkan ketam. Renih dengan api
perlahan supaya isi ketam mesra dengan kuah. Masukkan btg saderi.
Akhir sekali,
masukkan garam dan serbuk perasa. taburkan daun ketumbar dan bawang goreng.
Siap.
No comments:
Post a Comment