Serunding merupakan sejenis
masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala
berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau
tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan
lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang
dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari
Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak
daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit,
ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dll.
1 biji kelapa parut - yang putih
dan muda (di sangai sedikit cukup sekadar agak kering dan ringan)
1/2 cawan udang
kering* - direndam sekejap dan diblender
1/2 senduk nasi cili
kering yang diblender*
1 batang serai -
dihiris dan diblender*
6 ulas bawang merah -
diblender *
3 ulas bawang putih -
diblender*
1 inci kunyit hidup -
diblender*
Gula pasir secukupnya
- saya guna dlm 4 sudu makan (saya guna gula merah@gula timbang)
Garam Secukupnya
minyak untuk menumis
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dalam
kuali tumiskan bahan2 yang diblender yang bertanda* hingga naik minyak dan agak
mengaring, masukkan pula gula dan garam, balik2kan lagi hingga perencah masak
elok dan naik minyak.
Masukkan pula kelapa parut yang
telah disangai kering. Balik2kan sehingga semua bahan bergaul rata dan kacau
selalu hingga serunding masak cantik dan gorenglah agak lama sedikit atau
hilang lembabnya jika hendak simpan lama.
No comments:
Post a Comment