Masakan
Thailand adalah masakan kebangsaan Thailand. Masakan Thailand meletakkan
emfasis pada hidangan dihidang ringan dengan komponen aromatik kuat. Masakan
Thailand dikenali dengan menjadi pedas. Keseimbangan, perincian dan kepelbagain
adalah penting dengan masakan Thailand. Masakan Thailand dikenali dengan
keseimbangan lima perisa asas dalam setiap hidangan atau makanan keseluruhan:
pedas, masan, manis, masin, dan pahit (sebagai pilihan)
RESEPI
SOTONG KUKUS LIMAU THAI
BAHAN BAHAN
sotong
cabai melaka merah,
hijau
sos ikan
limau nipis
daun ketumbar (akar
sekali)
gula
bawang putih
daun pudina
lengkuas, serai
sotong kukus limau
CARA MASAKAN:
Cuci sotong
bersih-bersih
Potong sotong macam
dalam gambar tapi jangan sampai putus
Susun sotong dalam
bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong), akar ketumbar dan sedikit
bawang putih
Letakkan atas sotong.
sotong kukus limau
Kukus dan buka api paling kuat,
dah masak buang air sotong.
BAHAN SOS
Masuk 1 sudu besar
gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai
melaka potong. Kacau sehingga hancur.
Sos dah siap tuang
atas sotong yang kita kukus tadi, angkat dan taburkan daun ketumbar dan daun
pudina hias dengan potong sedikit limau nipis2 letak atas.
No comments:
Post a Comment