Ikan dan kentang goreng (Bahasa Inggeris: fish
and chips) ialah sejenis makanan bawa pulang yang berasal dari United Kingdom.
Ia terdiri dari ikan goreng jeluk (biasanya ikan kod, ikan hadok atau ikan
sebelah) dalam tepung sadur atau serbuk roti dengan kentang gorengpotongan
jejari.
Tradisi masyhur mengaitkan makanan ini dengan
United Kingdom; dan ikan dan kentang goreng tetap menjadi masyhur di United
Kingdom dan di kawasan-kawasan yang dijajah oleh orang dari UK pada abad ke-19,
seperti Australia, New Zealand, dan sebahagian dari Amerika Utara (New England,
Barat Daya Pasifik dan Kanada umumnya). Ikan dan kentang goreng juga agak
masyhur di Republik Ireland dan Afrika Selatan. Kedai di Denmark dan di
sesetengah pekan pantai di Norway menghidang filet goreng. Di Belanda, makanan
filet goreng jeluk bersadur yang masyhur digelar lekkerbek kadangkala dihidang
dengan kentang goreng
RESEPI FISH AND CHIP
BAHAN BAHAN DIPERAP
2 ikan dori/kod/ikan sebelah
sederhana besar
serbuk lada hitam
garam
tepung gandum
secukupnya
Cara
perap:
Basuh ikan dori (atau apa-apa
ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
Lumurkan dengan
serbuk lada hitam dan garam.
Salut tepung gandum secukupnya
pada kedua-dua belah ikan (pastikan tepung disalut betul-betul supaya
batter/adunan nanti boleh lekat kat ikan nanti). Ketepikan.
BAHAN BATTER/ADUNAN:
1 cawan air
1 biji telur
1/4st soda bikarbonat
serbuk kunyit
garam
tepung gandum
secukupnya
Cara:
Campur kesemua
bahan-bahan adunan hingga sebati dan tidak berketul. Konsistensi yang baik
adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu
tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan,
lagi rangup ikan tu nanti.
Panaskan minyak yang
banyak dalam kuali. Dah panas, celup ikan ke dalam adunan. Perlahan-lahan
masukkan ke dalam minyak.
Goreng hingga
keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
Sedia dihidang dengan
kentang goreng, coleslaw, lettuce, dan tomato segar.
Note :
*adunan tak kembang
masa goreng, tambah baking soda atau telur.
*ikan lambat masak
dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.
*adunan tak lekat
pada ikan semasa memasak, ikannya kurang disalut tepung semasa diperap.
No comments:
Post a Comment