Wednesday, November 29, 2017

RESEPI DAGING GORENG PATTAYA

GORENG
Goreng ialah satu proses memasak dengan menggunakan minyak, lemak(mentega), garam atau pasir. Umumnya di Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari kelapa sawit untuk menggoreng tetapi ada pilihan minyak yang lain seperti minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak kelapa dan minyak zaitun. Minyak kelapa sawit lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. Suhu gorengan hendaklah dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul dan sedap. Menggoreng dengan minyak yang sedikit dikatakan digoreng secara tohor.

Goreng penuh ialah menggoreng dengan minyak yang banyak.Goreng celup tepung ialah makanan yang disaluti tepung sebelum digoreng contohnya ikan goreng celup, sotong goreng celup, pisang goreng, keledek goreng, sukun goreng, cempedak goreng dan ayam goreng. Di China dan India, buah berangan atau kacang tanah digoreng dengan pasir panas atau garam panas.

RESEPI DAGING GORENG PATTAYA
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
500 gram daging
3 ulas bawang putih dicincang halus
10 batang cili padi dan
2 batang cili merah ditumbuk halus
1 labu bawang besar dihiris nipis
4 helai daun limau purut
Daun Selasih
daun ketumbar dicincang kasar
2 batang serai dititik
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 camca besar sos tiram
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng

PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili padi dan cili merah sampai wangi. Masukkan daging, sos tiram, sos ikan, sedikit gula, dan bawang besar.


Goreng sebelum dimasukkan daun limau purut, selasih dan ketumbar  Sajikan segera

No comments:

Post a Comment