NASI
GORENG USA
Nasi goreng USA ialah salah satu
masakan Malaysia yang terkenal dan mudah didapati di warung-warung dan restoran
Melayu yang menjual secara à la carte. Nasi goreng ayam adalah salah satu jenis
variasi atau kepelbagaian menu nasi goreng yang boleh didapati di Malaysia.
Nasi goreng USA singkatan kepada
Nasi goreng udang, sotong dan ayam. Penggunaan "USA" adalah merujuk
kepada bahan yang digunakan iaitu udang, sotong dan ayam. Walaupun penggunaan
USA, makanan ini tidak mempunyai asal usul dari negara USA.
Walau
bagaimanapun, ramai tukang masak yang menyalah tafsir USA itu sehingga
memperkenalkan nasi goreng tersendiri iaitu nasi goreng, sedikit lauk (sama ada
ayam, atau daging) dengan telur goreng.
RESEPI NASI GORENG USA
BAHAN BAHAN
BAHAN NASI
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih
~ diketuk
1 biji bawang besar
~ dihiris
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
1/2 batang lobak
merah ~ dipotong dadu Garam secukup rasa
Sedikit minyak.
PROSES PENYEDIAAN
Tumis bawang putih
sehingga naik bau, masukkan bawang besar dan cili kisar dan goreng sehingga
garing.
Masukkan sos tiram
dan lobak merah(mix veg), gaul rata.
Masukkan nasi dan
gaul sehingga rata. Rasakan masin dan bolehlah diangkat.
DAGING MASAK MERAH( LAUK)
BAHAN BAHAN
300gm daging ~
dihiris
2 ulas bawang putih
~ diketuk
1 biji bawang besar
~ dihiris
1/2 biji capsicum ~
dihiris
1 biji tomato ~
dipotong 6
1 sudu cili kisar
2 sudu cili sos
Garam dan gula
secukup rasa
Sedikit minyak.
PROSES PENYEDIAAN
Tumis bawang putih
hingga naik bau,masukkan cili kisar dan biarkan seketika sehinggacili masak.
Masukkan daging dan biarkan sehingga air
daging kering.
Masukkan cili sos,
capsicum dan bawang besar, gaul rata.
Akhir sekali
masukkan tomato dan perasakan masim, manis dan masamnya.Hidangkan bersama nasi,
telur mata kerbau, tomato dan timun.
No comments:
Post a Comment