GORENG
Goreng ialah satu
proses memasak dengan menggunakan minyak, lemak(mentega), garam atau pasir.
Umumnya di Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari kelapa sawit
untuk menggoreng tetapi ada pilihan minyak yang lain seperti minyak bunga
matahari, minyak jagung, minyak kelapa dan minyak zaitun. Minyak kelapa sawit
lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. Suhu gorengan
hendaklah dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul
dan sedap.
Menggoreng dengan
minyak yang sedikit dikatakan digoreng secara tohor. Goreng penuh ialah
menggoreng dengan minyak yang banyak.Goreng celup tepung ialah makanan yang
disaluti tepung sebelum digoreng contohnya ikan goreng celup, sotong goreng
celup, pisang goreng, keledek goreng, sukun goreng, cempedak goreng dan ayam
goreng. Di China dan India, buah berangan atau kacang tanah digoreng dengan
pasir panas atau garam panas.
RESEPI TULANG LEMBU GORENG
BAHAN BAHAN
1/2 kilo tulang
sedikit daging
lembu
3 sudu besar tomato
puri
1 sudu besar bawang
goreng
1 cawan air asam
jawa
BAHAN KISAR
20 tangkai cili
kering
10 ulas bawang
merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
PROSES
MASAK
Daging dan tulang
digaul bersama bawang goreng yangg dihancurkan kemudian rebuskan ngan sedikit
air hingga empuk
Masukkan minyak
masak dalam daging tadi...ketepikan tulang dan daging. tumiskan bahan kisar
hingga pecah minyak
Gaul bersama tulang
dan daging. tambah air asam jawa, tomato puree an sedikit air jika perlu perasakan
ngan garam dan gula
No comments:
Post a Comment