Wednesday, November 29, 2017

RESEPI ACAR TIMUN

ACAR
Acar adalah sejenis hidangan Malaysia yang terdiri daripada bahan-bahan yang dijeruk. Sayur-sayuran keras, atau buah-buahan jeruk disatukan menjadi suatu hidangan yang tersendiri. Ada acar yang dimasak, manakala ada acar yang dibuat seperti gaya rojak atau salad. Acar biasanya dijadikan lauk sampingan bagi hidangan nasi, misalnya nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani.

Disebabkan terdapat pelbagai pengaruh masakan kaum di Malaysia, acar sudah berkembang dan meranting mengikut variasi kaum, terdapat pelbagai jenis acar, mengikut selera kaum masing-masing.

RESEPI ACAR TIMUN MENTAH

BAHAN BAHAN
Bahan bahan
Timun
Karot
Cili merah
Bawang besar
1 botol cuka makan
2 senduk gula
Garam

PROSES MASAK

Masukkan cuka, gula dan  garam dan dikacau hingga hancur.  Masukkan bawang besar yang dihiris, cili merah dan karot yang dihiris halus. Akhir sekali masukkan timun dan sesuaikan rasa.

No comments:

Post a Comment