Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang
Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari
keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di
pasaraya-pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan yang menggalakkan.
Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu
kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan
bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada
pembuat kuih tradisional.
RESEPI BAULU DURIAN
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
10 biji telur
1 mangkuk tepung gandum
2 mangkuk gula
1 mangkuk santan pekat
*1 mangkuk air
*5 helai daun pandan
(*blend dan tapis.dapatkan 1 mangkuk
air pandan)
3-4 ulas isi durian - buang biji
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit minyak
PROSES MASAK
Masukkan telur,gula,santan,isi durian
dan garam dalam pengisar dan kisar hingga halus
Masukkan tepung sedikit demi sedikit
berselang seli dengan air dan kisar lagi hingga adunan sebati. Tambahkan pewarna
hijau dan gaul sebati.
Masukkan minyak ke dalam loyang dan
dipanaskan atas api. Bila cukup panas,masukkan adunan yang telah dibancuh tadi
ke dalam loyang tersebut.Biarkan 1 minit
Masukkan loyang tadi ke dalam oven
dan bakar hingga kekuningan/masak.Biarkan sejuk sebelum dipotong..
No comments:
Post a Comment