Thursday, November 30, 2017

RESEPI SAYUR KUBIS GORENG CARA INDIA

KUBIS BULAT
Kobis bulat (bahasa Inggeris: Cabbage) merupakan sejenis sayur. Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang atau sulfur, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser [perlu rujukan] malahan juga berkesan untuk mengubati masalah–masalah lain di usus

RESEPI SAYUR KUBIS GORENG CARA INDIA
SEKADAR HIASAN

BAHAN BAHAN
1/4 biji kobis bulat - dihiris kecil
1 sudu teh biji sawi
2 sudu teh serbuk kunyit
2 biji cili kering - potong 1 cm
2 tangkai daun kari
2 biji bawang merah - dihiris nipis
2 biji cili hijau - dihiris nipis
Garam

PROSES MASAK
Panaskan 2 sudu makan minyak. Tumis bawang merah, cili hijau dan cili kering.

Masukkan biji sawi dan daun kari. Kacau rata.


Masukkan kubis, serbuk kunyit dan garam. Masukkan juga sedikit aje air untuk melayukan kobis. Kacau rata hingga kubis layu. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment