MASAK LEMAK
Masak lemak ialah
sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam
pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara
iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Masak lemak ialah sinonim
dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi
penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan
gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat,
bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.
RESEPI MASAK LEMAK
NANGKA
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
150gm nangka muda
dipotong dan dicelur hingga empuk.
sedikit ikan bilis
250 ml santan
BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
1 sudu besar
ketumbar
1 inci kunyit hidup
sedikit lada hitam
sedikit belacan
garam secukup rasa.
PROSES MASAK
Masukkan semua bahan
ke dalam periuk. Kacau rata.Masak dengan api yang perlahan dan pastikan santan
tidak pecah minyak.
Apabila sudah cukup
rasa dan telah masak angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment