Wednesday, November 29, 2017

RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG STYLE KEDAH

ASAM PEDAS

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.

RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG STYLE KEDAH

BAHAN BAHAN
300gm Ikan kembung - dibersihkan
2 keping asam keping
1 batang serai - dititik
kacang bendi
beberapa tangkai daun kesum
sedikit air
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK/GILING
5 tangkai cili kering - dibuang bijinya
1 sudu besar jintan manis
4 ulas bawang merah
sedikit belacan

PROSES MASAK
Masukkan bahan tumbuk/giling, air, asam keping, serai dan daun kesom ke dalam periuk.

Masak dengan api yg perlahan sehingga mendidih. Masukkan  garam secukup rasa, bendi dan ikan. Jgn masak terlalu lama supaya ikan tidak hancur.
Bila dah masak angkat dan hidangkan


No comments:

Post a Comment