Wednesday, November 29, 2017

RESEPI NASI GORENG

NASI GORENG
asi goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng.

Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran terutamanya sayur campur.


SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - di bersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa

BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis

PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.

Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.

Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.Masukkan kicap. Gaul rata.

Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yg tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.


Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.Tutup api dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment