Sebahagian kaum Kedayan di Labuan bukannya orang
pantai, dan cenderung menetap di kawasan pedalaman. Manakala sebahagian yang
lain lagi menetap berhampiran pantai. Rumah-rumah di kampung dibina agak dekat
antara satu sama lain, mengikut pola kelompok, dengan taman-taman bercabang.
Kaum Kedayan-Brunei menjadi penduduk majoriti dan memegang kuasa politik di
pulau bebas cukai itu.
Dari sudut makanan pula,tradisi berzaman masyarakat
Kedayan ialah masakan Daging Rebus Kedayan, Ayam masak Kedayan, Pais ikan,
Salai Berubut, Sambal Tahai, Tarap muda masak lemak, Nasi Kebuli, dan banyak
lagi. Masakan-masakan ini merupakan masakan asli dan agak berbeza daripada
masakan masyarakat Melayu yang lain walaupun ianya menggunakan bahan dan resepi
yang hampir serupa. Selain itu terdapat juga masakan dari tumbuhan hutan yang
dimasak seperti humbut hanibung (umbut nibung) atau humbut piasau(kelapa) yang
disapak (digaul) dengan ikan masin begitu menyelerakan semasa makan tangah
hari.Begitu juga halnya dengan kuih-kuih tradisional orang Kedayan lebih
popular dengan bingka dadak kubal chacha, gatas, wajik, kuripit ubi kayu,
kelupis, pinyaram, kuih cincin, bahaulu, sasagun, dan jelurut.
RESEPI SAMBAL TAHAI / IKAN BILIS
3oo gm tahai / Ikan
Bilis
4 ulas bawang
merah )
2 ulas bawang
putih ) hiris nipis
2 biji bawang
besar - ditumbuk
1 sudu besar cli
kisar
2 sudu makan air
asam jawa
110 ml minyak
masak
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Tahai dibuang
kulit, perut dan tulang. Kemudian ditumbuk hingga halus dan dicampur dengan
bahan tumbuk, cili kisar, air asam dan garam. Gaul hingga rata.
Panaskan minyak,
tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan tahai yang bercampur dengan bahan
yang ditumbuk tadi dan kacau hingga rata. Setelah itu angakat, sedia untuk
dihidangkan.
No comments:
Post a Comment