Sunday, November 26, 2017

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK TAUCHU

Taucu adalah makanan yang dibuat daripada kacang soya (Glycine max) yang telah direbus, dihaluskan dan kemudian diperam. Penggunaannya yang umum adalah sebagai ramuan atau penyedap dalam membuat lauk pauk, misalnya ayam taucu.
BAHAN BAHAN
500gm Ikan Siakap
3 tangkai cili padi
2 sudu besar tauchu
1 cawan air
1 sudu kecil pes asam jawa
sedikit gula dan garam

BAHAN DIHIRIS
4 biji cili merah - hiris
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar

PROSES MASAK
Lumur ikan Siakap Merah bersama kunyit dan garam setelah itu goreng dan toskan

pada minyak yang sama tumis bawang besar, halia, bawang putih yang telah dihiris tadi sampai harum dan masukan cili padi dan cili merah.

masukan taucu dan kacau rata. selepas itu masukan air dan air asam jawa masak sampai mendidih. kemudian masukan sedikit gula dan garam atau secukup rasa.

bila bumbu tadi sudah mendidih masukan ikan kerisi sekejap sahaja. anda boleh sesuaikan rasa bila air kurang boleh tambah air.


Siap untuk dinikmati

No comments:

Post a Comment