Saturday, April 06, 2019

RESEPI CHICKEN CHOP

BAHAN BAHAN
  • 3 potong besar ayam – di buang tulang
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos kicap manis
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 6 inc halia – di kisar halus

BAHAN SOS BLACK PEPPER
  • 170 gm sos lada hitam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 2 sudu kecil sos kicap manis
  • 1 sudu besar planta
  • 1 sudu besar tepung jagung – di bancuh sedikit dengan air
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • garam secukup rasa

BAHAN SALUTAN
  • 1 biji telur grade A – di kacau
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 100 gm bread crumbs

CARA BUAT CHICKEN CHOP BLACK PEPPER SAUCE
  • Gaul ayam dengan bahan kisar, sos tiram, sos kicap, serbuk lada sulah dan garam. Perap selama 3 jam dalam peti sejuk.
  • Lepas tu gaul ayam dengan tepung gandum.
  • Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
  • Celup ayam dalam telur dan salut dengan bread crumbs. Ambil satu per satu.
  • Goreng ayam dengan api sederhana hingga ayam masak sekata.

CARA BUAT SOS BLACK PEPPER
  • Satukan semua bahan sos, kecuali lada hitam, tepung jagung dan garam. Kacau dengan whisk.
  • Didihkan sos tadi di atas api sederhana hingga meruap dan sesekali kacau.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan didihkan sepenuhnya. Kacau terus supaya tidak bergentel.
  • Taburkan lada hitam dan garam secukup rasa.
  • Matikan api dan letakkan sos di atas chicken chop.

No comments:

Post a Comment