BAHAN BAHAN
3 sudu besar olive oil
3 sudu besar butter
4 ulas bawang putih - cincang
2 sudu besar red pepper - potong kecil
2 sudu besar tomato puree
450 gram spaghetti atau tagliatelle
350 gram udang
125 ml double cream
Garam
Black pepper
3 sudu besar chopped parsley
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Masukkan bawang putih dan red pepper sehingga bawang kekuningan.
Masukkan tomato puree dan masak dalam 10 minit.
Rebus spaghetti mengikut masa ditetapkan di bungkusan. Masukkan garam dan olive oil. Toskan.
Masukkan udang ke dalam sos dan kuatkan api selama 2 minit sambil terus dikacau sehingga udang bertukar warna. Perlahankan api.
Kemudian tuangkan cream dan masak selama 1 minit sambil dikacau sehingga sos agak pekat. Masukkan garam dan lada hitam.
Masukkan spaghetti ke dalam mangkuk hidangan dan tuangkan sos ke atasnya. Taburkan daun parsley. Kacau rata rata dan terus hidang. Boleh juga masukkan spaghetti ke dalam kuali, tabur parsley dan kacau supaya spaghetti bergaul rata dengan sos sebelum dihidangkan.
Angkat dan terus dihidangkan.
No comments:
Post a Comment