Saturday, April 06, 2019

RESEPI TAUHU BERGEDIL

BAHAN BAHAN
1. Kentang 5-6 biji
2. Daging kisar 200 gram
3. Tauhu pok
4. Daun sup*
5. Bawang goreng*
6. Garam*
7. Lada hitam*
8. Serbuk perasa*
9. Bawang holland

CARA CARA
1. Kupas kentang dan potong 4
2. Rebus kentang sampai empuk
3. Sementara tu potong dadu sedikit bawang holland. Untuk tumis bersama daging kisar.
4. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan daging kisar. Masak sehingga kering.
5. Bila kentang dah empuk, angkat dan toskan. Lenyekkan kentang masa kentang tu masih panas.
6. Masukkan daging yang dah siap masak.
7. Campurkan bersama bahan2 bertanda *. Bahan2 ni main agak2 je. Ikut taste masing2.

8. Gaul rata semua bahan. Lepas tu rasa. Kot la terkurang garam ke. Kurang rasa ke. 

9. Gunting bentuk X kat bahagian atas tauhu.

10. Sumbat inti dalam tauhu cantik2😂

CELUPAN
1. 3 biji telur
2. Garam sikit

Pukul telur bersama garam. Celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas.

BAHAN BAHAN SOS (sumber dari azian collection):
1. 2-3 ulas bawang putih
2. 1 inci halia
3. 1 cawan cili kisar
4. 1 cawan sos cili
5. 1/2 cawan sos tomato
6. 1/2 cawan gula melaka/merah
7. 1 cawan air asam jawa (2 tbsp asam jawa)
8. 1/2 cawan air

Resepi Tauhu bergedil sambal kicap sedap

4-5 biji ubi kentang di rebus tp tidak terlalu empuk
300gm daging/ayam cincang/kisar
2 biji bawang besar dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu besar serbuk kurma atau kalau takde guna rempah sup
1 sudu kecik serbuk lada hitam
sedikit minyak utk menumis
secukup rasa /garam

BAHAN CAMPUR
lada merah dicincang halus
daun bawang/sup dipotong nipis
bawang goreng
1 sudu besar tpg jagung

20 biji tauhu pok
2biji telor dikocok terlebih dahulu
minyak utk menggoreng

CARA CARA
1.  Bersihkan ubi kentang dan buang kulit lalu direbus sehingga masak tp tak terlalu empuk
2.  Dah masak lecek ubi kentang hingga halus
3.. Panaskan kuali letak 2 sudu minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan masukkan rempah kurma/sup kacau 
4.  masukkan daging cincang/kisar dan lada hitam  kacau sebati dan sehingga masak dan masukkan secukup rasa/garam ..
5.  Masukkan adunan daging dlm adunan ubi kentang yang telah kita lecek dan masukkan semua bahan campur kacau sebati dan rasa kalau tawar masukkan garam sikit lagi
6.  Potong tauhu (gambar) dan sumbat sedikit bergedil dlm tauhu tadi buat sampai habis
7.. Kocok telur dlm satu bekas..sambil2 tu panaskan minyak dlm kuali ..lg bagus guna periuk kecik sahaja sbb nanti minyak yang akan digunakan biar terendam tauhu tadi
8.  Celup tauhu bergedil dlm telur dan masukkan dlm minyak panas tadi.. goreng biar warna keemasan .siap

SAMBAL KICAP
5-10 biji cili api
2 biji lada merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos cili/tomato
2-3 sudu besar gula
garam
1/2 cawan kicap

campur kesemuanya kisar sebati. boleh dimasak sebentar

No comments:

Post a Comment