Saturday, April 06, 2019

RESEPI TOMYAM KAKI AYAM ALA THAI

                  
BAHAN A - KISAR
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai
  • 1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)

BAHAN B
  • Kaki ayam ikut suka nk bnyk mana
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 sudu perencah tomyam
  • Pelbagai sayuran
  • 4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau keluar.
  • 3 batang serai – diketuk
  • 1 cm halia – diketuk
  • 1 cm lengkuas – diketuk
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu susu peka
  • 1 biji limau kasturi
  • air – lebih kurang 1L
  • garam & gula

PROSES PENYEDIAAN

1. Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.

2. Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula kaki ayam.

3. Bila kaki ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika

4. Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato. Siap!



No comments:

Post a Comment