BAHAN-BAHAN:
1 bungkus bihun - rendam
1 labu bwg besar - dikisar
3 ulas bwg putih - dikisar
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit sos ikan
isi ayam - potong dadu
2 keping fish cake - potong dadu
sedikit hirisan sayur kobis
BAHAN HIASAN:
1 cili merah
1 cili hijau
daun bawang
CARA MASAK :
Panaskan minyak, tumis bawang yg telah dikisar hingga naik bau.
Kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, kacau rata,
masukkan ayam dan fishcake. Gaul seketika sebelum memasukkan bahan perasa.
Masukkan bihun dan sayur..gaul sebati.
Akhir sekali, taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidang.
Siap.
No comments:
Post a Comment