Ambuyat merupakan
sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam pokok sagu.
Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan Wilayah Persekutuan Labuan dan
negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana makanan ini
kadangkala dikenali sebagai linut. Ambuyat juga antara makanan kegemaran
di Negara Brunei Darul Salam.
Makanan suku
kaum Brunei, Bisaya dan Kadayan. Ambuyat menjadi hidangan wajib ketika kenduri
perkahwinan dan hari keramaian bagi penduduk yang berbangsa Bisaya
Rupa dan
bentuk makanan ini pada asalnya seperti tepung tapi apabila ia dimasak,ia akan
kelihatan berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam
Ambuyat
dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan
kemudian mencelupkannya ke dalam sos. Boleh juga guna sudu garpu biasa. Penggunaan
chandas ini bagi membolehkan ambuyat yang kental boleh dipusing dan terbelit
pada kayu tersebut.
Ambuyat
dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengahari bagi menggantikan nasi.
Ambuyat biasanya dimakan bersama lauk ikan bakar, ikan rebus, ulam-ulaman dan
lauk lauk lain yang berkuah. Paling sesuai makan dengan sambal belacan.
Cara
mendapatkan Tepung Sagu:
Pokok sagu
akan ditebang dan dibawa ke pondok pemprosesan sagu dan kebiasaannya kaum lelaki bertanggungjawab untuk mengupas
kulit batang sagu tersebut. Setelah batang sagu siap dikupas, proses pembelahan
dilakukan bagi mengeluarkan isi sagu yang terdapat di bahagian tengah batang
sagu.
Kemudian,
isi sagu yang berwarna putih dipotong kecil dan halus. Sagu yang siap dipotong
akan ditapis dan direndam untuk tempoh tiga hari di dalam baldi yang
berisi air. Selepas tempoh satu atau dua
hari, isi sagu yang direndam akan menjadi sebatian. Sebatian ini adalah yang dinamakan sagu dan
akan dimasak menjadi ambuyat.
No comments:
Post a Comment