Sunday, July 16, 2017

CARA MEMASAK STEAK TERBAIK




CARA MEMASAK STEAK TERBAIK

Ada beberapa tips yang boleh dilakukan sendiri di rumah agar steak yang kamu buat jadi lebih lembut, empuk tanpa menghilangkan rasa dagingnya.

1.  MEMOTONG DAGING LAWAN URAT
Potong daging yang anda pilih dengan cara melawan urat dan jangan ikut urat daging kerana daging akan liat . Pilih daging bahagian terlunak seperti sirloin atau topside untuk hasil steak yang terbaik.

2. MASUKAN DAGING DALAM FREEZER
Masukan daging dalam freezer selama semalam agar tekstur daging lebih empuk. Keluarkan daging steak dari freezer 30 minit sebelum dimasak agar suhu daging ini sesuai dengan suhu bilik. Ini akan membuat daging ketika dimasak mempunyai warna coklat yang lebih cantik dan lebih cepat matang merata. Ditambah lagi, apabila dimasak dengan tahap setengah matang, daging ini tidak akan beku dibahagian tengahnya.

3. PENGGUNAAN PEMBAKAR
Jangan lupa untuk memanaskan pembakar terlebih dahulu sampai suhu yang diingini. Ini akan membantu anda untuk mendapatkan hasil panggangan yang bagus dan tidak layu. Selain itu, ini akan mengunci sari di dalam daging, sehingga daging akan lebih terasa berair dan lembut.

4. PASTIKAN DAGING MASIH SEGAR
Pastikan daging untuk steak ini masih segar. Tekan daging steak dengan tisu sebelum dimasak. Jika daging terasa lembut dan boleh kembali ke bentuk semula, maka daging masih segar. Daging yang segar akan menghasilkan steak yang lebih enak.




5. ADUNAN REMPAH RATUS
Untuk menambah rasa, terutama spicy, daging boleh direndam (di-marinade) dengan bumbu-bumbu seperti lada, lada hitam, bawang putih, minyak zaitun dan daun rosemary. Tapi sebaiknya tidak diberi garam kerana akan membuat daging kehilangan sarinya, menjadi keras dan terasa kurang lazat. Daging yang di-marinade harus disimpan di tempat sejuk dan tidak boleh terlalu lama kerana kalau kelamaan, sari daging akan mengalir keluar sehingga cita rasa lembu akan lenyap. Gunakan lada hitam butiran yang dihancurkan untuk memperkaya rasa steak. Aroma lada hitam butiran yang ditumbuk kasar akan menambah aroma lebih enak berbanding dengan lada serbuk.

6. TUTUP DAGING DENGAN DAUN BETIK
Setelah disalut rempah  atasnya, tutupi daging pakai daun betik kira-kira 2 jam. Hasilnya empuk sekali. Jika steak disajikan dalam bentuk potongan besar, rendam dalam bumbu lebih lama agar bumbu meresap dan beri pengempuk daging (serbuk papain).

7. JANGAN MASAK TERLALU LAMA
Jangan pernah memasak steak terlalu lama kerana tekstur daging akan keras dan rasa manis khas daging menjadi hilang.

8. CARA MEMBAKAR
Pada masa memanggang daging steak pastikan hanya membalik satu kali saja. Iaitu panggang daging kira-kira tiga minit pada kedua-dua sisi. Jika kedua-dua sisi daging dirasa masih kurang matang, jangan dibolak balik, tapi masakan menggunakan ketuhar.


• untuk 225 gram daging dimasak 1 minit setiap sisinya. Pada tahap ini, bahagian luar daging berubah warna, sedangkan dalamnya masih mentah.
• untuk setiap 225 gram daging, dimasak 2 minit setiap sisinya. Warna permukaan merah muda, sedang dalamnya mentah dan berdarah.
• Medium: untuk 225 gram daging dimasak 3-4 minit setiap sisinya. Bahagian luar berwarna kecoklatan, dalamnya merah muda hampir matang.

• Well done: untuk 225 gram daging dimasak 5 minit setiap sisinya. Daging matang, Untuk peminat steak tahap kematangan ini tidak disyorkan sebab daging kehilangan gurihnya ..

No comments:

Post a Comment