Monday, July 17, 2017

PETUA CARA MENGATASI MASALAH KEMBUNG PERUT BAYI

PETUA CARA MENGATASI MASALAH KEMBUNG PERUT BAYI


Bayi anda sering menangis malam? Bayi yang berumur kurang dari 4 bulan sering mengalami masalah kembung perut dan menangis waktu malam. Bayi seusia ini belum boleh mencernakan makanan dan disebabkan itu usus mereka bekerja keras sehinggakan menghasilkan dan meningkatkan banyak gas di dalam perut dan di bahagian ususnya. Keadaan ini menyebabkan ramai Ibu bapa terutama mereka yang belum ada pengalaman merasa risau dan bimbang dengan keadaan ini. Dinasihatkan jangan berasa panic kerana itu hanyalah masalah biasa bayi yang berumur 4 bulan ke bawah. Apabila umur meningkat, masalah itu akan berkurangan secara perlahan lahan.

Bayi melepaskan gas atau kentut kira kira 13 – 21 kali setiap hari. Ini disebabkan bayi banyak menelan udara berbanding orang dewasa setiap hari iaitu melalui aktiviti seperti berikut :

1.     Makanan Bayi iaitu datang semasa menyusu dari susu ibu atau botol.
2.     Menangis

Apabila udara terperangkap dalam perut bayi anda, anda mungkin dapati bahawa dia:

·        Menangis
·        Kentut
·        Mempunyai perut keras
·        Kadang-kadang, bayi gassy mungkin kelihatan seperti mereka tidak selesa atau sakit. Bagaimana anda tahu jika ada masalah lain?

Berikut berapa petua membantu anda mengatasi masalah anak yang kembung perut ini. Semoga bermanfaat untuk ibu bapa muda yang baru menerima anak petama mereka dan semoga tidur anda tenang selepas ini.


MENEPUK LEMBUT BAHAGIAN BELAKANG DAN PUNGGUNG BAYI

Tepuk lembut atau gosok belakang dan punggung bayi selepas bayi meminum susu. Tujuannya adalah bagi membolehkan bayi tersebut bersendawa. Kembung perut akan menurun apabila bayi telah bersendawa.


MENGGOSOK BAHAGIAN PERUT BAYI

Selain gosok belakang, gosok bahagian perut bayi juga satu cara untuk meredahkan kembung perut. Gosok secara perlahan lahan perut bayi dan gunakan minyak angin. Semoga angina tidak masuk lagi ke perut bayi dengan banyak.

MEMBERIKAN AIR SUAM

Berikan sedikit anak anda air suam untuk diminum dalam kuantiti sedikit sahaja. Gunakan juga air suam untuk memandikan bayi supaya angin tidak masuk ke dalam badan bayi.


PEMILIHAN SUSU FORMULA

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda. Walaubagaimanapun dalam beberapa situasi yang tidak dapat dielakkan, penggunaan susu formula terpaksa diambil. Pilihlah susu yang paling baik untuk anak anda. Sekiranya anak anda menangis lebih kerap maknanya susu formula tersebut tidak sesuai untuk dia. Tukar susu formula yang sesuai untuk anak anda. Baca kandungan susu sebelum menggunakannya.


MELAKUKAN LATIHAN UNTUK BAYI ANDA


Aktiviti senaman ringan atau latihan perlu juga diberi untuk anak anda. Salah satu latihan yang dapat diterapkan dengan memegang kakinya dan kemudian bergerak perlahan-lahan. Langkah ini dapat meningkatkan gerakan usus dan mempermudah bayi untuk membuang gas.


MEMBIARKAN BAYI ANDA AKTIF

Gerakan tubuh yang aktif akan menghalang angina masuk dalam badan anak anda. Cuba lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anak anda aktif dan banyak membuat pergerakan.


TUTUP KEPALA ANAK ANDA

Selain tapak kaki dan tangan, kepala atau ubun ubun merupakan kawasan badan bayi yang paling sensitive. Angin banyak masuk melalui kepala anak anda. Disarankan agar kepqala anak anda sentiasa dipakaikan penutup sehingga dia berumur 3 bulan dan ke atas.


KEDUDUKAN ANAK KETIKA MINUM / MAKAN

Apabila anda sedang menyusu atau minum menggunakan botol, cuba pastikan kepala bayi lebih tinggi daripada perutnya. Dengan cara itu, susu tenggelam ke bahagian bawah perut dan udara pergi ke atas, dan lebih mudah untuk dibuang.

No comments:

Post a Comment