Tuesday, August 15, 2017

Resepi Gulai ikan Siakap

Hiasan sahaja

Resepi Gulai ikan Siakap

Resepi ini juga merupakan salah satu resepi masakan dari Indonesia. Masakan enak da sedap bagi penggemar masakan ikan. Boleh gunakan ikan siakap merah putih, jenahak atau lain lain ikan. Selamat mencuba …

Bahan Bahan
o   Ikan siakap berat ½ - 1kg
o   1 Biji Buah limau nipis
o   5 – 6 ulas Bawang merah
o   5 Biji Cili Merah.
o   3 Ulas Bawang putih
o   2  Biji Buah Karas kurang
o   Kunyit
o   Santan pekat sebanyak kurang lebih 250cc atau satu gelas. Gunakan santan dari perasan buah kelapa supaya hasilnya lebih bagus.
o   1-2 batang Daun bawang. Cuci bersih dan dihiris dihiris besar untuk hiasan.
o   3 Biji Buah belimbing Buluh.
o   Air Asam Jawa secukupnya
o   2-3 biji Buah tomato hijau.
o   Serbuk perasa secukupnya
o   3 Helai Daun limau
o   Halia saiz sederhana besar sepanjang 1 ruas.
o   1 Batang serai.
o   Lengkuas  saiz sedang besar sepanjang kurang lebih 1 jari orang dewasa.
o   Garam
o   Minyak Masak untuk menggoreng ikan dan menumis secukupnya.

Proses masak

o   Bersihkan ikan siakap dengan menggunakan air bersih yang mengalir. Jangan lupa buang semua organ ikannya sehingga benar benar bersih supaya hasil masakannya tidak bau.

o   Potong ikan kepada beberapa bahagian.

o   Gunakan limau nipis untuk membuang hamis ikan. Sapu seluruh isi ikan dan biarkan perap selama 5 minit

o   Kupas bawang merah, bawang putih, cili merah, kunyit dan buah karas  untuk ditumis. Tumbuk hingga halus

o   Goreng ikan siakap tadi dan goreng setengah masak. Angkat ikan

o   Tumis bahan yang telah ditumbuk halus tadi sehingga bauh harum.

o   Masukkan daun limau, halia, pati serbuk secukupnya, serai dan lengkuas . biar sebati dengan bahan tumis sebelum ini.

o   Masukan santan dan sedikit air.

o   Masukkan air asam jawa yang sudah dipersiapkan dan garam secukup rasa.

o   masukkan ikan siakap goreng tadi dan tunggu sampai rempah dan kuah meresap ke dalam daging ikannya dan air kuahnya berkurang.

o   Langkah terakhir masukkan belimbing, tomato hijau yang sudah dipotong potong dan daun bawangnya.


Makanan siap untuk dihidang selamat mencuba

No comments:

Post a Comment