IKAN PATIN
Ikan Patin
atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai
Pangasius Sutchi) adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan
sungai dan lombong-lombong.
Pangasianodon
hypophthalmus berasal dari Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya di mana ikan
ini diternak secara besar-besaran untuk dimakan. Ikan ini dijual di pasaran
sebagai Ikan Dory, Swai, dan Basa.
Bentuk
fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang
badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan
beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesies ini adalah anak-anak ikan,
buah-buahan dari pokok di tepi sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini
pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah
RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan Patin di Pahang
terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang
sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini
adalah gulai masam tempoyak.
SEMUR IKAN PATIN GORENG
Sekadar hiasan
BAHAN-BAHAN:
1
ekor ikan patin, dipotong-potong,
1/2
sudu teh garam (untuk melumuri ikan)
1/2
sdt air limau nipis
3
butir bunga cengkih
1
lembar daun kunyit
750
ml air
5
sdm Kicap manis
Garam
secukup rasa
Lada
putih secukupnya
Bumbu
Halus
8
ulas/biji bawang merah
3
biji/ulas bawang putih
2
cm lengkuas
1/2
sdt ketumbar
2
cm Halia
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan
ikan patin hingga bersih, setelah itu lumuri dengan perasan air limau nipis dan
juga garam,biarkan dalam tempoh 10 minit untuk hilangkan lendir dan bauh hanyir
ikan.
Goreng
ikan patin tadi
Setelah
itu panaskan minyak goreng kemudian tumis kelar bau harum bahan dan seterusnya tambahkan cengkih serta
kunyit.
Selanjutnya
tuangkan air, biarkan hingga mendidih.
Tambah
kicap manis, garam, lada putih, biarkan kembali hingga mendidih.
Selanjutnya
masukan ikan patin goreng, masak sampai matang dan bahanya meresap, dengan
menggunakan api kecil.
Angkat
dan siap disajikan dan dimakan
No comments:
Post a Comment