Monday, August 14, 2017

Resipi Pepes Ikan susu


Gambar hiasan

Resipi Pepes Ikan susu

Ikan susu juga dikenali sebagai ikan bandeng di Indonesia dan ikan bahulu di Sabah merupakan speseis ikan banyak tulang. Walaupun begitu pada hari ini tulang pada ikan susu telah boleh dibuka dan diasingkan dari isi ikan tanpa merosakan isi ikan tersebut.

Pada kali ini saya ingin berkongsi satu resepi dari negara Indonesia mengunakan ikan susu ini iaitu dikenali sebagai Pepes ikan bandeng atau Resipi ikan susu pepes macamtu lah. Apa pun yang penting bahan bahannya betul maka akan jadilah resipi ini.

Bahan-bahan

o   1 ekor ikan susu berat @ 450 gram
o   1 sudu teh garam
o    air limau nipis
o   minyak masak
o   4 helai daun limau
o   1 buah tomato, dihiris
o   6 buah belimbing sayur, potong-potong
o   1 sudu teh garam
o   1 sudu gula pasir
o   25 lembar daun kemangi

Bumbu yang dihaluskan:

o   15 buah cili merah besar
o   12 buah cili padi merah
o   8 ulas bawang merah
o   5 ulas bawang putih
o   Seedikit belacan
o   1 sudu irisan gula merah
o   Daun pisang secukupnya, untuk membungkus. Lidi secukupnya, untuk menyemat.

Cara masak

o   Bersihkan ikan susu, buang isi perutnya, potong menjadi 3 bahagian, cuci bersih. Lumuri dengan air limau nipis dan garam, diamkan sebentar. Cuci bersih kembali dan tiriskan.

o   Campur bahan yang ditumbuk halus yang dihaluskan dengan tomato dihiris, belimbing sayur, garam, gula dan daun kemangi. adun rata. Tambah minyak masak sedikit.

o   Ambil 2 helai daun pisang letakkan daun limau dan 3 sudu makan adunan rempah, letakkan sepotong ikan susu, tambah rempah dan bungkus bentuk lontong, lakukan hal yang sama hingga adunan habis.

o   Kukus selama 30 minit hingga matang, angkat dan panggang hingga daun mengering. Angkat.


Hidangkan bersama nasi putih

No comments:

Post a Comment