Sunday, August 13, 2017

IKAN SIAKAP MASAK SAMBAL MERAH

 IKAN SIAKAP
Ikan Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnya Lates calcarifer.

Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan; dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina.

    IKAN SIAKAP MASAK SAMBAL MERAH                                                    



Cara Memasak Ikan Siakap Sambal  Merah – Bumbu Merah

Resepi ikan siakap Bumbu Merah merupakan resepi dari Indonesia dan merupakan masakan menggunakan ikan siakap atau apa jenis ikan pun boleh yang penting isi elok dan jenis lembut. Selain ikan siakap, ikan merah, ikan jenahak dan ikan garut garut pun boleh digunakan.

Masakan ini agak pedas tetapi sesuai bagi mereka yang sukakan makanan pedas. Kita kongis bersama resepi ini semoga bermanfaat bagi penggemar ikan.


Cara Memasak Ikan Siakap Bumbu Merah atau kuah merah


BAHAN-BAHAN
o   Ikan Siakap seekor berat dalam ½ kg atau 1kg.
o   Serai 1 batang
o   Daun salam sebanyak 1 lembar
o   Asam jawa secukup rasa
o   Daun kemangi sebanyak 1 tangkai
o   Daun pisang secukupnya (untuk pembungkus)
o   Garam secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS
o   Bawang putih
o   Cili merah merah sebanyak 100 gram
o   Bawang merah secukupnya – cadangan 10 biji
o   Gula pasir sebanyak 1 sudu
o   Buah keras atau kemiri – 7 biji
o   Tomato merah sebanyak 2 biji

PROSES PENYEDIAAN
o   Buang sisik ikan kemudian cuci sampai bersih.

o   Masukan sedikit garam dan asam dalam perut ikan dan perap selama 30 miit sebelum ikan dimasak.

o   Campurkan semua bahan tadi , tambahkan serai, daun salam dan juga daun kemangi beserta garam secukupnya siapkan daun pisang untuk membungkus.

o   Sapu atau balut ikan dengan bahan bahan, setelah itu bungkus dengan daun pisang (memanjang), semat kedua ujungnya menggunakan batang lidi lalu kukus sampai masak.

o   Setelah dikukus, boleh dipanggang sebentar agar daunnya mengering dan sajikan selagi masih panas.



No comments:

Post a Comment