Kicap ialah penyedap makanan yang
berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas
pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun
ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang
umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek
padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.
Kicap masin adalah lebih cair
daripada kicap manis. Ikan laut kadang-kadang juga dipergunakan sebagai salah
satu bahannya.
BAHAN BAHAN
500g sotong bulat 1 biji bawang besar - dimayang bulat
3 biji cili merah/hijau - dihiris kasar
2 keping asam gelugor
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit garam
BAHAN DITUMBUK / KISAR
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana
PROSES MASAK
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul rata hingga bawang besar layu dan sotong masak.
No comments:
Post a Comment