Kerang-kerangan merupakan
istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan,
iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang
ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.
BAHAN BAHAN
- 1kg siput sedut - potong ekornya dan dibersihkan
- 2 biji telur ayam
- 5 biji bawang merah
- 5 biji bawang putih
- setengah inci halia
- kicap pekat
- garam, serbuk perisa dan gula
- minyak untuk menumis
CARA CARANYA
- Bawang merah, putih dan halia ditumbuk kasar. Telur dipukul sehingga kembang kemudian ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bawang dan halia yang telah ditumbuk kasar. setelah naik bau masukkan siput sedut yang telah dibersihkan dan dipotong ekornya, gaul sehingga rata dan air dari siput sedut keluar perlahan-lahan.
- Setelah itu, masukkan kicap pekat 3-4 camca (anggaran sehingga tidak kelihatan pucat)gaul sebati. masukkan bahan perisa secukup rasa gaul dan masak sehingga kuah kicap bertambah pekat.
- setelah kelihatan hampir-hampir pekat masukkan telur yang telah dipukul dan gaul sehingga sebati sehingga adunan telur kelihatan melekat pada kulit siput tadi.
- Bila masakan hampir-hampir kering angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment