Goreng ialah satu proses memasak
dengan menggunakan minyak, lemak(mentega), garam atau pasir. Umumnya di
Malaysia, kebanyakan pengguna menggunakan minyak dari kelapa sawit untuk
menggoreng tetapi ada pilihan minyak yang lain seperti minyak bunga matahari,
minyak jagung, minyak kelapa dan minyak zaitun. Minyak kelapa sawit lebih
banyak digunakan kerana mudah didapati dan lebih murah. Suhu gorengan hendaklah
dikawal secara betul untuk memastikan masakan dimasak dengan betul dan sedap.
Menggoreng dengan minyak yang sedikit dikatakan digoreng secara tohor.
Goreng penuh ialah menggoreng dengan
minyak yang banyak.Goreng celup tepung ialah makanan yang disaluti tepung
sebelum digoreng contohnya ikan goreng celup, sotong goreng celup, pisang
goreng, keledek goreng, sukun goreng, cempedak goreng dan ayam goreng. Di China
dan India, buah berangan atau kacang tanah digoreng dengan pasir panas atau
garam panas.
BAHAN BAHAN
2 keping isi ikan - dibuang tulang
1 biji telur
sedikit garam
3 ulas bawang putih tumbuk
sedikit halia tumbuk
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
tepung jagung secukupnya
PROSES MASAK
Gaulkan isi ikan dan bahan-bahan lain
hingga sebati dan goreng dengan minyak terendam hingga masak.
No comments:
Post a Comment