SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
500++gm udang saiz besar
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
5 biji bawang putih
11 biji cili api merah
sedikit lada putih kisar
sos tomato*
sos cili*
sos tiram*
kicap masin*
kicap manis*
PROSES MASAK
Siang udang, belah belakang, cuci dan
toskan. Lumurkan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang hingga
bertukar warna kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya.
Dengan lebihan minyak tadi tumiskan
bawang putih yang telah diketuk dan diracik halus bersama lada putih hingga
naik bau. Hati-hati sebab bawang putih mudah hangus. Api jangan kuat.
Masukkan cili api yang telah dihiris dan kacau sebati.
Bila cili api agak layu masukkan
bahan-bahan bertanda * secukup rasa,
Masukkan udang yang telah digoreng
tadi dan gaul secara merata dengan bahan-bahan tumis bersos tadi. Biar seketika
di atas api dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment