Thursday, February 22, 2018

BELANGKAS MASAK ASAM PEDAS


BELANGKAS
Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.

BELANGKAS MASAK ASAM PEDAS


BAHAN BAHAN
1 Ekor belangkas ada telur  - di bersihkan dan belah ikut suka
1 cawan air asam jawa dan air secukupnya (bergantung kepekatan masing2)
1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
1 batang serai - diketuk
1 inci halia - ketuk
daun kesum secukupnya
garam, gula@perisa secukup rasa
minyak untuk menumis

BAHAN DIKISAR
15 tangkai lada kering- rebus dan toskan
3 biji bawang merah
2 bawang putih
1 inci kunyit hidup

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar, halia, lada hitam dan juga serai titik. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar kemudian masukkan air lagi secukupnya, Didihkan.

Masukkan belangkas, daun kesum dan teruskan masak. Sesekali balik2kan ketam agar masak rata. Akhir sekali masukkan garam dan gula@perisa secukup rasa . *Jika suka boleh masukkan tomato/bendi.

Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment