Sunday, February 18, 2018

SAMBAL TELUR PEDAS


SAMBAL
Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

SAMBAL TELUR PEDAS

BAHAN-BAHAN:
6 biji telur
3/4 cawan cili kisar
2 camca besar sos tomato
1/3 cawan jus asam jawa
1 batang serai, dititik
1 biji bawang holland, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

PROSES PENYEDIAAN
Telur dicuci bersih dan keringkan. Kemudian, goreng mata kerbau sebiji demi sebiji hingga kuning keemasan pada dua2 bahagian dan merahnya mengeras. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus dan serai hingga harum, masukkan cili kisar dan sos tomato, kacau dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan air asam, gula dan garam secukup rasa.

Bila kelihatan sedikit pekat, masukkan bawang besar hiris dan juga telur mata kerbau tadi, berhati2, gaul kan telur dengan sambal hingga rata. Kecikan api dan masak hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment